Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh......
Alhamdulillah dengan limpahan rahmat Allah dan keberkatannya, maka terciptalah blog perniagaan NBJ Ulung Enterprise ini. Syarikat yang berusia 3 tahun ini sebenarnya telah bermula secara tidak rasmi pada tahun 2008 apabila pemilik syarikat ini bermula secara kecil - kecilan dalam bidang perkhidmatan khususnya dalam bidang baik pulih komputer dan tempahan kad kahwin.
Tanggal 15 Mac 2010, syarikat ini telah ditubuhkan secara rasminya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Kangar, Perlis dengan nama NBJ Ulung Enterprise yang merupakan pemilikan tunggal. Namun pada hujung 2010, orang yang terdekat dengan pemilik asal, iaitu ayah kepada pemilik telah menyertai syarikat ini, sekaligus menjadikan syarikat ini, syarikat perkongsian.
Pada tahun ini, syarikat ini telah bertambah rakan kongsi yang mana rakan kongsi terbaru syarikat merupakan isteri pemilik asal. Maka boleh disimpulkan bahawa syarikat ini merupakan syarikat milik keluarga yang menjadikan hubungan kekeluargaan makin kukuh melalui perniagaan.
Syarikat ini pada awalnya hanya menyediakan perkhidmatan membuat kad kahwin, baik pulih komputer, selain jualan minuman herba ketika itu. Namun awal tahun 2011, pemilik syarikat telah membuat pembaharuan dengan menambahkan produk serta menggugurkan produk yang kurang mendapat sambutan pelanggan. Antara produk yang menjadi pilihan ialah fotostat, kad kahwin, servis komputer, printing serta insurans kenderaan.
Namun pada tahun ini, NBJ Ulung Enterprise makin optimis dengan perkhdimatan terkini yang dijalankan secara online seperti perkhidmatan printing, ejen berdaftar BSN, ejen Ikobana (akan datang). Perkhidmatan percetakan meliputi kad kahwin, biz document (invois, buku bil, buku resit), penanda buku (bookmark), business card, computer form, contract proof, envelope, folder, letterhead, loose sheet (flyers,brochure, poster, menu, announcement card, postcard), money packet (angpau), note pad, paper bag, pre inked stamp (cop), tent card, voucher & ticket, kotak cenderahati & tag terima kasih, fotostat, binding, laminating, perkhidmatan faks ( akan datang).
Perkhidmatan ejen Berdaftar BSN (EBB) pula meliputi simpanan wang, pengeluaran wang, pembayaran bil, pembelian Sijil Simpanan Premium (e-SSP), dan pembelian tanpa tunai. Namun tidak lama lagi akan dilancarkan tambah nilai prepaid telefon celcom, insuran perlindungan rumah, pembukaan akaun simpanan BSN. Semua ini adalah untuk memudahkan pelanggan berurusan tanpa pergi ke bank pada waktu pejabat.
Tidak lama lagi NBJ Ulung Enterprise juga akan melancarkan produk baru. Antaranya ialah Servis Kurier ( Pos Laju & City Link), Pendaftaran produk TM (seperti Unifi , Streamyx, dan talian tetap), Ejen insuran / takaful ( BSN Prudential, ETIQA Takaful), Ticketing & Online Services ( Perbaharui Lesen Memandu, Cukai Jalan, Pembelian Tiket Bas/KTMB/ Kapal Terbang secara online).
Semoga usaha ini menaikkan lagi semarak ekonomi umat Islam sejagat.
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh,
Pengurus
NBJ Ulung Enterprise
019-4815615/0194982810
Copyright © NBJ Ulung Enterprise | Rikka Takanashi Theme | Designed by Johanes Djogan
No comments:
Post a Comment